KIEV, 29 Sept – Tentera Ukraine diarah untuk membalas tembakan tentera Rusia di Donbass tanpa memerlukan kebenaran pihak pemerintah.
Agensi berita TASS memetik kenyataan Pemerintah Tinggi Angkatan Tentera Ukraine, Valery Zaluzhny yang mengeluarkan arahan terbaharu tersebut.
“Komander di medan tempur dibenarkan untuk membuat keputusan mengikut keadaan semasa dan menggunakan segala senjata yang ada pada mereka sekiranya diserang,” katanya.
Terdahulu, gencatan senjata telah dikuatkuasakan di garisan konflik di Donbass, timur Ukraine pada 27 Julai lalu.
Gencatan senjatan ini dipersetujui secara bersama oleh Rusia dan Ukraine.
Namun begitu, usaha ini ternyata gagal apabila beberapa siri pertempuran berlaku yang menyebabkan peningkatan angka korban di antara kedua-dua pihak.
Donbass merupakan antara kawasan pertempuran di antara Kiev dan Moskow semenjak tahun 2014. Krisis di timur Ukraine itu turut menyebabkan tragedi MH17 pada 17 Julai 2014. – airtimes.my