Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara TUDM terbangkan peralatan, bekalan perubatan ke Malaysia Timur

TUDM terbangkan peralatan, bekalan perubatan ke Malaysia Timur

by Air Times News Network

SUBANG, 29 Sept – Pesawat pengangkut A400M dan C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditugaskan untuk melakukan penerbangan menghantar peralatan dan bekalan perubatan ke Kota Kinabalu dan Kuching bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19, semalam.

Pesawat C-130H telah diterbangkan Kapten Mohamad Irwan Kamarudzaman TUDM, pembantu juruterbang Kapten Muhammad Hazim Mohd Nor TUDM dan 6 orang anak kapal.

Manakala, pesawat A400M dikendalikan oleh Juruterbang, Leftenan Kolonel Yusrizal Zain TUDM, Mejar Syahmi Nazri TUDM, dan Mej Tengku Syed Muhammad Amin Tengku Syed Abdul Rahman TUDM dan dibantu oleh Kapten Nik Muhammad Shukri Nik Hasan TUDM dan Kapten Muhammad Idris Ismail TUDM selaku pembantu juruterbang serta 4 orang anak kapal.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, dua pesawat tersebut dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Peralatan dan ubatan yang terdiri daripada 1,008 unit silinder oksigen 40L 6.8m³, Oxygen Concentrator, High Flow Nasal Connula, Syrup Paracetamol, Etoricoxib Tablet serta pelbagai ubatan lain daripada Greater Klang Valley Special Task Force (GKVSTF),

“Berat keseluruhan peralatan dan bekalan perubatan adalah 104,705kg telah dihantar untuk kegunaan di semua hospital di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Penubuhan GKVSTF yang diterajui bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ATM telah berjaya memberi kesan positif terhadap usaha kerajaan untuk memerangi wabak pandemik COVID-19 di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Dalam keadaan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan jangkitan COVID-19 di luar GKVSTF termasuk negeri Sabah dan Sarawak memerlukan penghantaran segera peralatan dan ubat-ubatan agar rawatan kepada pesakit tidak terjejas,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply