Home SemasaGlobal Rusia: Ketegangan Kosovo-Serbia mesti ditamatkan dengan segera

Rusia: Ketegangan Kosovo-Serbia mesti ditamatkan dengan segera

by M.Daim

MOSKOW, 29 Sept – Kerajaan Rusia menggesa campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk meredakan ketegangan di kawasan sempadan Kosovo-Serbia  yang berlanjutan semenjak minggu lalu.

Pada masa yang sama, Moskow mendakwa Barat gagal menangani krisis yang berlaku antara kedua-dua negara yang boleh mencetuskan peperangan.

“Ketegangan antara Serbia dan Kosovo semakin memburuk,” kata jurucakap Menteri Luar Rusia, Maria Zakharova dalam satu kenyataan.

Menurutnya, NATO dan Kesatuan Eropah (EU) mempunyai mandat untuk menghentikan ketegangan.

“Mereka (NATO dan EU) perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi orang awam dan menjamin keamanan serta keselamatan,” katanya.

Isnin lalu, Presiden Serbia, Aleksandar Vucic mengancam untuk menggunakan tindakan ketenteraan terhadap Kosovo sekiranya NATO gagal menangani ketegangan yang berlaku di kawasan sempadan antara kedua negara.

NATO bertindak meningkatkan kawalan di sempadan Kosovo-Serbia selepas Belgrade menghantar pasukan kenderaan berperisainya ke kawasan berhampiran.

Ketegangan antara kedua-dua negara memuncak apabila Kosovo bertindak mengharamkan kenderaan yang mempunyai nombor pendaftaran Serbia untuk memasuki negara itu.

Natijahnya, pemilik kenderaan perlu membayar pendaftaran sementara sekiranya ingin memasuki Kosovo.

Vucic  menegaskan langkah tersebut merupakan jenayah dilakukan oleh kerajaan Kosovo.

Peraturan baharu tersebut turut mendapat bantahan dari etnik Serb yang mendakwa ianya merupakan satu penindasan.

Ketegangan antara Pristina dan Belgrade memuncak selepas Serbia mengumumkan kemerdekaan dari Belgrade pada tahun 2008. Kemerdekaan ini tidak iktiraf oleh Moskow. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply