Home SemasaGlobal Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

by M.Daim

PYONGYANG, 29 Sept – Korea Utara telah melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu hipersonik, semalam.

Agensi media Korea Utara, Korean Central News Agency (KCNA) hari ini menyatakan peluru berpandu tersebut telah dilancarkan di Jagang ke arah timur negara itu.

Pelancaran peluru berpandu tersebut telah dikesan oleh Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Pembangunan peluru berpandu hipersonik Hwasong-8 merupakan salah satu projek penting dalam rancangan 5 tahun pertahanan dan persenjataan Korea Utara,” kata KCNA.

Pembangunan peluru berpandu hipersonik oleh Pyongyang sekaligus menjadikan Korea Utara sebagai salah sebuah negara yang sedang membangunkan persenjataan tersebut.

Pada ketika ini, Amerika Syarikat, Rusia dan China sedang melaksanakan pembangunan sistem persenjataan yang sama.

Peluru berpandu hipersonik terbang pada kelajuan 5 kali ganda dari kelajuan bunyi. Difahamkan, peluru berpandu sebegini mampu untuk mengatasi sistem pertahanan sedia ada. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply