Home Pertahanan dan Keselamatan 100,000 veteran ATM masih belum berdaftar dengan JHEV

100,000 veteran ATM masih belum berdaftar dengan JHEV

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=LiGLYktKcGE[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Seramai 100,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) digesa segera berdaftar bagi memudahkan menerima bantuan disediakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, setakat ini hanya 211,924 veteran ATM yang telah berdaftar dengan JHEV.

“Namun jumlah sebenar yang berada di luar adalah lebih 300,000 dan lebih kurang 100,000 veteran lagi belum mendaftar dengan JHEV,

“Mungkin hendak berdaftar, ada juga kemungkinan anak atau ahli keluarga mereka ini juga tidak tahu bapa atau datuknya adalah veteran ATM,

“Jika mereka mendaftar, mereka akan dapat pelbagai kemudahan dari segi kesihatan dan sebagainya yang disediakan kementerian dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM di lobi Menara TH Perdana, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang TUDM, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pertahanan, Dr Anos Mahmud dan Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bersama panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM menyempurnakan Pusat Perkhidmatan Setempat (OSC) JHEV ATM di lobi Menara TH Perdana, hari ini.

Ikmal Hisham turut menjelaskan, veteran ATM ini dibahagikan kepada dua iaitu yang berpencen dan tidak berpencen yang seramai 104,760 mendapat pencen manakala 82,031 lagi tidak berpencen.

“Selain itu, seramai 25,133 veteran ATM berpencen yang sudah meninggal dunia, dan wang pencen itu diterima balu dan ahli keluarganya,” tambahnya.

Sementara itu, beliau berkata, OSC adalah satu inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada di JHEV ATM yang bertujuan bagi menzahirkan perkhidmatan yang menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak veteran ATM.

Pusat Perkhidmatan Setempat merupakan inisiatif untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada di JHEV ATM dengan menyeluruh, cepat dan tepat serta memenuhi kehendak veteran ATM.

“Ia mula beroperasi secara rasmi pada 2 Januari lalu di aras bawah Menara TH Perdana secara berperingkat ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sehinggalah dirasmikan pada hari ini,

“Penubuhan ini memberikan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dengan lebih efektif serta memudahkan urusan veteran ATM yang merangkumi perkhidmatan permohonan, semakan bantuan kebajikan dan faedah persaraan merangkumi faedah-faedah perkhidmatan,

Bagi kemudahan perubatan pula, Ikmal Hisham menambah ia merangkumi permohonan; semakan tuntutan rawatan dan alatan perubatan seperti hemodialisis; alat ortopedik; implan; alat bantuan pendengaran; kanta mata; pembelian ubat termasuk dan juga tuntutan perjalanan rawatan ke hospital.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply