Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tumpas sindiket penipuan ‘fly by night’, 5 ditahan

Polis tumpas sindiket penipuan ‘fly by night’, 5 ditahan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Polis menumpaskan sindiket penipuan ‘fly by night’ selepas melakukan serbuan dan pemeriksaan di sekitar Kuantan, Pahang serta menahan 5 orang lelaki tempatan pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, serbuan di beberapa rumah telah berjaya membongkar lokasi penyimpanan alat ganti kenderaan bernilai kira-kira RM936,783.91.

“Sindiket yang berselindung atas nama Syarikat Ban Heng Auto telah menjalankan operasi penipuan sejak Mac 2021,

“Syarikat ini menipu mangsa yang terdiri daripada pembekal dan peniaga alat ganti kenderaan. Bagi setiap pesanan yang dibuat, sindiket ini akan menyerahkan slip pembayaran berjadual kepada mangsa bagi menunjukkan seolah-olah bayaran telah dibuat,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, setelah barangan tersebut dihantar, baru mangsa menyedari bahawa slip pembayaran yang diberikan adalah palsu.

Katanya, sekurang-kurangnya 9 kes berkaitan telah berjaya diselesaikan melalui penahanan sindiket ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply