Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Eksesais MALAPURA pamer keupayaan, kesiagaan TLDM bersama Tentera Laut Republik Singapura

Eksesais MALAPURA pamer keupayaan, kesiagaan TLDM bersama Tentera Laut Republik Singapura

by Nurulhuda

LUMUT, 27 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkasakan kesefahaman dan meningkatkan interoperability bersama Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) menerusi perlaksanaan Eksesais Malaysia-Singapura (MALAPURA) 29/2021 yang berlangsung di perairan Selat Melaka pada 20 hingga 27 September 2021.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM berkata, eksesais MALUPURA melibatkan 4 buah aset TLDM iaitu KD LEKIU, KD LEKIR, KD HANDALAN serta helikopter SUPER LYNX bersama Fast Combat Boat TLDM.

Manakala TLRS turut menghantar 4 buah aset iaitu RSS STALWART, RSS VIGILANCE, RSS VIGOUR serta helikopter S-70B.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut tidak ketinggalan menyertai eksesais ini menerusi penglibatan pesawat F/A–18D dan HAWK,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, perlaksaan eksesais bilateral tahunan yang hampir menjangkau usia 4 dekad ini tetap berjaya dilaksanakan dengan lancar walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini.

“Kejayaan eksesais ini menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,

“Perlaksanaan eksesais kali ke-29 tahun ini berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) yang dilaksanakan secara atas talian di peringkat perancangan, pembukaan dan penutup,

“Manakala, beberapa siri latihan di laut meliputi peperangan anti-serangan udara, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot diadakan secara contactless berpandukan norma baharu,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, TLDM menjelaskan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus meningkatkan kerjasama pertahanan menerusi pelaksanaan eksesais bilateral bersama angkatan tentera negara sahabat bagi meningkatkan tahap kesiagaan dan interoperability bagi memastikan keselamatan daratan dan perairan serantau sentiasa terjamin sebilang masa. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply