Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan pegawai kanan SPRM miliki dadah, senjata api

Polis tahan pegawai kanan SPRM miliki dadah, senjata api

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan memiliki dadah, senjata api dan peluru pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pegawai kanan tersebut juga disyaki terlibat dalam kes curi barang kes bernilai RM25 juta (USD6 juta).

“Tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan PDRM berhubung kesalahan memilik dadah, senjata api dan peluru,

“Sebanyak 2 kertas siasatan telah dibuka berhubung dengan tangkapan ini iaitu Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 akta yang sama serta Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Abd Jalil, suspek ditahan reman 4 hari bermula Selasa lalu sehingga esok bagi siasatan lanjut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply