Home SemasaGlobal AS lulus peruntukan AS$1 bilion untuk peluru berpandu Iron Dome Israel

AS lulus peruntukan AS$1 bilion untuk peluru berpandu Iron Dome Israel

by Air Times News Network

WASHINGTON, 24 Sept – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan peruntukan sebanyak AS$1 bilion kepada Israel bagi sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome.

Menurut laporan Defense News, peruntukan dana tersebut diluluskan dengan keputusan undian 420 menyokong dan 9 lagi menentang.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi berkata, kelulusan rang undang-undang (RUU) ini mencerminkan kesatuan yang besar dalam kongres untuk menjamin keselamatan Isreal.

“Bantuan kepada Israel adalah penting kerana keselamatannya adalah mustahak bagi menjamin keselamatan Amerika,” katanya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply