Home Pertahanan dan Keselamatan JIM berkas 22 PATI di Klang

JIM berkas 22 PATI di Klang

by Air Times News Network

KLANG, 16 Sept – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor berjaya menahan 22 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan awal pagi tadi.

JIM dalam kenyataan di media sosialnya berkata, seramai 11 orang pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasa telah menyerbu kediaman PATI di sekitar Klang, Selangor.

“Hasil pemeriksaan keatas 26 orang PATI, 22 daripadanya telah ditahan dan di percayai melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen,

“Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasa, pejabat JIM Negeri Selangor bagi siasatan lanjut dan seterusnya akan ditahan reman selama 14 hari dibawah seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih,” katanya.

Dalam pada itu, semasa pemeriksaan dilakukan terdapat kesalahan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan seksyen 15(1)(c) Akta yang sama iaitu tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Sementara itu, seorang lelaki warga Indonesia telah bersembunyi di dalam almari baju bagi mengelakan diri ditahan.

“Isterinya juga merupakan warganegara Indonesia bersama seorang anak telah cuba menyelamatkan suaminya dengan memberi alasan bahawa suaminya berada di Johor atas urusan bekerja,

“Namun anggota operasi berjaya mengesan dan menahan lelaki tersebut,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply