Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM terima kapal misi persisir ketiga

TLDM terima kapal misi persisir ketiga

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima kapal misi pesisir (LMS) ketiga dalam satu upacara ringkas di Hotel Antarabangsa Baiyue, Qidong, China, semalam.

Cawangan Komunikasi Strategik, Markas TLDM berkata, upacara penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia China, Laksamana Pertama Zahid Abd Aziz yang mewakili kerajaan Malaysia bagi menandatangani Sijil Penyerahan Fizikal LMS Ketiga itu.

Menurutnya, LMS Ketiga itu mula dibina pada 18 September 2019 dan telah dilancarkan ke permukaan air di Wuhan pada 28 Oktober 2020 oleh Pasukan Projek LMS TLDM.

“Seterusnya, kapal berkenaan berjaya menjalani ujian semasa fasa pelabuhan dan di laut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jawatankuasa Penerimaan Akhir LMS ketiga yang dianggotai 3 orang wakil kerajaan telah melaksanakan pemeriksaan dokumentasi, pemeriksaan fizikal dan mengikuti pelayaran demonstrasi keupayaan kapal.

“LMS ini adalah satu daripada 5 kelas kapal dalam Program Transformasi Armada ’15to5′ TLDM dan kontrak perolehan 4 LMS dimeterai antara Kementerian Pertahanan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding dan Offshore International Co Ltd (CDOC),

“Projek prolehan ini adalah projek perolehan aset pertahanan kapital yang pertama dari China dan LMS keempat dijadual diserahkan pada Disember ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply