Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lelaki miliki barang tanpa permit di Tawau

Polis Marin tahan lelaki miliki barang tanpa permit di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 10 Sept – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan sebuah bot yang dipercayai membawa barang kawalan tanpa permit di perairan Tawau, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Pemangku DSP Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya menahan sebuah bot yang sarat dengan muatan dan jurangan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa barang kawalan di dalam bot berkenaan yang di bawa oleh Juragan lelaki berumur 75 tahun,

“Lelaki tersebut gagal mengemukan sebarang surat dan permit kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Bot dan lelaki serta barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, kes akan dirujuk kepada KPDNHEP Cawangan Tawau dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM24 ribu,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply