Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Radar SWASLA kesan 18 PATI ceroboh perairan negara

Radar SWASLA kesan 18 PATI ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

BANDAR PENAWAR, 8 Sept – Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) yang digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya mengesan kemasukkan 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dalam 2 tangkapan berasingan.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, kesemua tangkapan tersebut dibuat menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan didalam kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) pada 7 dan 8 Sep 2021.

Menurut kenyataan itu, anggota pasukan telah menerima maklumat dari APMM yang mengesan pergerakan mencurigakan melalui SWASLA di Teluk Ramunia.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi berkenaan bagi membuat pengintipan,

“Hasil serbuan yang dilakukan sekitar jam 11.30 malam telah berjaya menangkap 3 PATI sedang bersembunyi dalam hutan di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), APMM, Pasukan Polis Marin (PPM) yang turut serta dalam Op Benteng telah berjaya menangkap 13 PATI bersama sebuah bot di kawasan pantai sekitar Teluk Ramunia.

“Kemudian kesemua mereka dibawa ke Jeti Tanjung Pengelih dan diserahkan kepada pasukan untuk siasatan dan proses dokumentasi lanjut,

“Pada 8 Sep 2021 jam 8.00 pagi pula, 2 lagi PATI ditangkap sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran,

“Kesemua 18 PATI yang terdiri daripada 15 lelaki dan 3 wanita warganegara Indonesia berusia 22 hingga 43 tahun dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,” katanya.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,356.52 melibatkan matawang Indonesia iaitu IDR 1,610,500.00 (RM 460.62), 10 buah telefon bimbit dan barangan kemas.

Kesemua PATI yang ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply