Home Semasa Afghanistan: Pendirian Malaysia akan dibincang dalam mesyuarat kabinet – Menteri

Afghanistan: Pendirian Malaysia akan dibincang dalam mesyuarat kabinet – Menteri

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menegaskan Malaysia akan membincangkan isu mengambil pandangan pelbagai pihak sebelum membuat pendirian terhadap Afghanistan.

Jelasnya, langkah diambil bagi memastikan Malaysia untuk membuat keputusan yang tepat berhubung isu negara Asia Tengah itu.

“Kita akan berhubung dengan negara-negara yang terlibat dalam rundingan dengan Afghanistan,

“Selain itu, kita akan dapatka pandangan dari semua pihak termasuk Pertubuhan Islam Antarabangsa (OIC) dan pertubuhan organisasi yang pernah berurusan dengan Afghanistan,

“Kita mengambil mengumpul maklumat-maklumat yang ada sebelum membuat keputusan yang tepat,” kata Saifuddin dalam sidang media selepas melawat Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), hari ini.

Tambahnya, isu pendirian negara akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet Jumaat ini.

Selain daripada itu, Duta Afghanistan belum dihantar pulang ke negara asal berikutan Malaysia masih belum membuat keputusan atau pendirian terhadap Kabul.

“Sekiranya beliau dihantar pulang, itu bermakna kita sudah membuat keputusan,” katanya.

Jelas Saifuddin, Duta Afghanistan masih belum dipanggil pulang oleh Kabul kerana negara itu masih belum membentuk sebarang kerajaan baharu secara rasmi.

“Beliau (Duta Afghanistan) merupakan duta yang dihantar oleh kerajaan Afghanistan sebelum ini. Duta tersebut belum dipanggil balik oleh Kabul,

“Tambahan pula, beliau masih belum mengetahui kedudukannya kerana Afghanistan masih belum membentuk kerajaan secara rasmi,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Saifuddin menegaskan Malaysia sentiasa memantau rapat keadaan semasa Afghanistan dari masa ke semasa termasuk status 2 rakyat negara ini yang masih berada di sana.

Jelas Menteri Luar, kedua-dua rakyat Malaysia yang masih berada di Kabul sentiasa berhubung dengan wakil kedutaan negara dari masa ke semasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply