Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat komited bantu kerajaan kekang penularan wabak COVID-19

Tentera Darat komited bantu kerajaan kekang penularan wabak COVID-19

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 4 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah diaturgerakan bagi membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (NADMA) Sabah dengan memasang kawat duri di kilang dan Kuarters Kilang Papan Cargo Timber Kampung Biah Keningau serta Kampung Tagaroh Kota Marudu, pada Jumaat.

Pemasangan kawat duri tersebut adalah berikutan keputusan kerajaan yang mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti berkenaan bermula semalam sehingga 16 September depan berikutan berlakunya pemerhatian dan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Markas Lima Divisyen Infantri Malaysia (5 Div) berkata, pemasangan pagar kawat duri tersebut melibatkan seramai 3 orang pegawai dan 15 anggota dibawah naungannya.

“Anggota daripada Rejimen 507 Askar Wataniah (Rej 507 AW) dan Batalion 5 Kor Perkhidmatan Diraja (5 KPD) telah terlibat dengan pemasangan concertina wire di lokaliti PKPD tersebut,

“Formasi Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) akan terus bekerjasama membantu NADMA Sabah dan agensi awam berkaitan dalam melaksanakan kawalan dan pencegahan ke atas kawasan yang disyaki mempunyai kadar jangkitan yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, keperluan tersebut turut mempertingkatkan kejasama antara anggota tentera dan agensi awam terutamanya membendung penularan wabak COVID-19 di negara khususnya di negeri Sabah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply