Home SemasaGlobal Kazakhstan negara kedua luar keanggotaan NATO beli A400M

Kazakhstan negara kedua luar keanggotaan NATO beli A400M

by M.Daim

GETAFE, 1 Sept – Republik Kazakhstan hari telah melakukan perolehan 2 buah pesawat pengangkut taktikal Airbus A400M.

Ini sekaligus menjadikan Kazakhstan sebagai negara kesembilan untuk melakukan pembelian pesawat itu.

“Penerimaan pesawat pertama dijadualkan pada tahun 2024. Kontrak perolehan merangkumi selenggaraan dan latihan,” kata Airbus dalam satu kenyataan.

Lakaran bayangan A400M yang dioperasikan oleh Kazakhstan. Foto – Airbus.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Defence and Space, Michael Schoellhorn menyatakan pembelian terbaharu oleh Kazakhstan menjadikan jumlah eksport pesawat tersebut meningkat kepada 176 buah.

“Secara keseluruhan. lebih 100 buah pesanan A400M telah dipenuhi dan 100,000 jam penerbangan telah dilakukan. Ini sekaligus membuktikan keupayaan A400M,

“Selain daripada itu, ia menunjukkan A400M telah mencapai fasa matang yang dinantikan oleh ramai pelanggan berpotensi,” kata Michael.

Beliau menambah, A400M akan menjadi pencapaian baharu Kazakhstan dalam melaksanakan operasi pesawat pengangkut taktikal. Selain daripada itu, ia akan meningkatkan tahap keberkesanan negara itu dalam melaksanakan operasi pada jarak yang jauh.

A400M merupakan pesawat pengangkut taktikal yang dihasilkan oleh Airbus Defence and Space.

Perolehan ini turut menjadikan Kazakhstan sebagai negara kedua di luar keanggotaan NATO, selain daripada Malaysia, untuk mengoperasikan A400M. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply