Home Pertahanan dan Keselamatan PPM Wilayah 5 rampas 8,000 liter minyak diesel tanpa permit sah

PPM Wilayah 5 rampas 8,000 liter minyak diesel tanpa permit sah

by Air Times News Network

MIRI, 30 Ogos – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya menahan sebuah lori tanker yang membawa 8,000 liter minyak diesel tanpa permit sah di Jalan Miri-Bintulu pada Sabtu lepas.

PPM dalam hantaran di media sosialnya berkata, penahanan tersebut dibuat semasa Operasi Kontaraban.

“Pasukan telah membuat pemeriksaan dan mendapati pemandu lori tanker tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran membawa, memiliki atau menyimpan barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Pemandu lori tanker tersebut merupakan warga tempatan dan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Menurutnya, kesemua barang rampasan dan tangkapan tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply