Home Pertahanan dan Keselamatan Program derma darah: Tentera Darat prihatin terhadap masyarakat

Program derma darah: Tentera Darat prihatin terhadap masyarakat

by Air Times News Network

NEGERI SEMBILAN, 29 Ogos – Seramai 596 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Kem Syed Sirajuddin, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menyertai program derma darah bersempena Program Outreach Derma Darah Merdeka Amal Bakti Negeri Sembilan, semalam.

Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd) berkata, program ini bertujuan untuk membantu tabung darah Hospital Tampin, Hospital Kuala Pilah dan Hospital Segamat bagi menampung keperluan semasa pesakit di hospital yang memerlukan.

Tambahnya, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada warga Kem Syed Sirajuddin betapa pentingnya keperluan darah dalam menyelamatkan nyawa.

“Program ini dirasmikan oleh mantan Pemerintah Garison Gemas iaitu Kolonel Che Manan Sa’at yang dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply