Home SemasaGlobal China laksana 120 latihan ketenteraan di laut dalam masa 3 bulan

China laksana 120 latihan ketenteraan di laut dalam masa 3 bulan

by M.Daim

BEIJING, 26 Ogos – Tentera Republik Rakyat China (PLA) dilaporkan telah laksana 120 latihan ketenteraan di kawasan perairan sekitanya.

Menurut laporan Global Times, kesemua latihan ketenteraan dilaksanakan di kawasan perairan sekitar China termasuk Laut China Selatan.

“Di Laut Bohai dan Laut Kuning, PLA telah melaksanakan 48 latihan ketenteraan semenjak Mei lalu,

“39 latihan ketenteraan turut dilaksanakan di kawasan berhampiran Taiwan,” kata laporan itu.

Menurutnya, latihan ketenteraan di kawasan berhampiran Taiwan adalah mesej kepada negara pulau dan juga pasukan tentera Asing.

Selain daripada itu, China telah melaksanakan 26 latihan ketenteraan di kawasan Laut China Selatan.

Tambahnya, latihan di pelbagai kawasan perairan menunjukkan China sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan terjadinya konflik bersenjata di beberapa kawasan secara serentak.

“Pada masa yang sama, ia menunjukkan China telah berjaya membentuk garisan pertahanan maritim strategik,

“Ini menjadi mesej kepada mana-mana pihak yang ingin menumbulkan masalah untuk memikirkan semula niat mereka,” kata laporan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply