Home SemasaGlobal Negara Arab, Asia Tenggara minat untuk peroleh peluru berpandu BrahMos

Negara Arab, Asia Tenggara minat untuk peroleh peluru berpandu BrahMos

by M.Daim

MOSKOW, 26 Ogos – Beberapa buah negara Arab dan Asia Tenggara telah menyatakan minat mereka untuk memperoleh peluru berpandu supersonik BrahMos.

Ketua Pengarah Kerjasama Perkhidmatan Tentera-Teknikal Rusia, Dmitry Shugayev, beberapa buah negara di kedua-dua rantau itu turut menghantar permohonan untuk melakukan perolehan BrahMos.

“BrahMos sedang giat dipromosi kepada negara ketiga dan berjaya menarik minat pembeli dari negara asing,

“Beberapa buah negara di Timur Arab dan Asia Tenggara telah menghantar permohonan untuk melakukan perolehan sistem persenjataan ini,” lapor TASS yang memetik kenyataan Shugayev.

BrahMos merupakan perlu berpandu krusi yang dihasilkan secara bersama Rusia dan India. Nama peluru berpandu ini adalah bersempena nama sungai Brahmaputra (India) dan Moskva (Rusia). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply