Home Semasa COVID: 22,262 jangkitan baharu, Selangor kekal catat kes harian tertinggi

COVID: 22,262 jangkitan baharu, Selangor kekal catat kes harian tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Meskipun bahang politik semasa dilihat seakan reda, namun wabak pandemik COVID-19 di dalam negara masih mencatatkan angka yang membimbangkan dengan merekodkan sebanyak 22,262 kes pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman twitternya berkata, pertambahan kes tersebut sekaligus mencatatkan kes kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 1,535,286 kes.

Beliau berkata, Selangor masih menjadi penyumbang tertinggi kes dengan merekodkan sebanyak 7,011 kes.

“Ini diikuti Sabah sebanyak 2,651 kes, Sarawak (1,964); Kedah (1,880); Johor (1,558); Pulau Pinang (1,459); Kuala Lumpur (1,200) dan Kelantan (1,039) kes,

“Manakala Perak mencatatkan sebanyak 946 kes, Melaka (882); Pahang (664); Terengganu (495); Negeri Sembilan (405); Putrajaya (41); Perlis (38) dan Labuan (9) kes,” jelasnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, seramai 23,564 kes positif baharu dan ia merupakan hari ketiga berturut-turut negara melaporkan kes lebih 20 ribu, selain 233 kes kematian direkodkan akibat wabak berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply