Home Semasa Banjir di lima kampung di Perak, 102 mangsa dipindahkan

Banjir di lima kampung di Perak, 102 mangsa dipindahkan

by Bernama

IPOH, 19 Ogos – Seramai 102 penduduk daripada 29 keluarga membabitkan lima kampung di sekitar Taiping, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan hujan berterusan sehingga menyebabkan kediaman mereka dinaiki air sejak malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan setakat  7.30 pagi ini,  87 mangsa dari Kampung Sg Rentaka, Matang; Kampung Changkat Baru dan Kampung Jebong Kiri ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Baraqah.

Seramai 15 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan Kampung Sungai Tinggi pula ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Sg Baru.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply