Home Politik Ahmad Maslan: 114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri jadi PM ke-9

Ahmad Maslan: 114 Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri jadi PM ke-9

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Seramai 114 Ahli Parlimen disahkan menghantar surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, setiap Ahli Parlimen yang menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri dengan sukarela dan tanpa paksaan.

Menurutnya, baginda telah menemuduga setiap Ahli-Ahli Parlimen yang dipanggil menghadap baginda dalam tempoh 1 hingga ke 2 minit, hari ini.

“Hari ini 114 Ahli Parlimen yang memberi sokongan SD kepada Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri telah ditemuduga secara ringkas seorang demi seorang oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

“Di dalam pertemuan ringkas itu setiap Ahli Parlimen tentunya menyatakan nama dan tempat daripada mana kemudian tentunya menyatakan bahawa memberi sokongan kepada Dato Seri Ismail Sabri Yaakob tanpa paksaan dengan sukarela,

“Itulah antara dialog Ahli Parlimen, terutama diri saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

“Ini merupakan pengalaman yang penting, seramai 114 Ahli Parlimen hadir sokong Ismail Sabri, tadi ada rakan-rakan dari PAS termasuklah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada yang menghadap secara dalam talian yang kesemuanya 5 kumpulan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pekarangan Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, di perkarangan pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Ahmad Maslan juga Ahli Parlimen Pontian berkata, dengan sokongan ketika ini dilihat Ismail Sabri berjaya mendapat sokongan majoriti daripada 114 ahli Parlimen yang menyokong.

Katanya, proses selepas itu ditentukan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang Di-Pertuan Agong dan beliau berharap kerajaan seterusnya dapat membela rakyat, menyelesaikan masalah pandemik COVID-19 dan ekonomi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply