Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM rampas rokok seludup bernilai lebih RM182 ribu di Tawau

ESSCOM rampas rokok seludup bernilai lebih RM182 ribu di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 17 Ogos – Pihak ESSCOM berjaya merampas 1,324 karton rokok tanpa cukai yang dianggarkan bernilai lebih RM182,604.80 ditinggalkan di jalan pantai, Tawau Lama, semalam.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, rampasan tersebut dibuat atas maklumat awam mengenai penyeludupan rokok kira-kira jam 11.15 malam.

“Sepasukan anggota OCP Daratan ESSCOM yang terdiri daripada anggota Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) telah melakukan serbuan dan pemeriksaan terhadap satu lokasi yang disyaki menjadi kawasan tumpuan penyeludupan rokok di daerah ini,

“Hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, pasukan OCP Daratan ESSCOM telah menemui beberapa longgokan plastik hitam yang ditinggalkan di lokasi tanpa pengawasan disyaki mengandungi rokok yang belum dibayar cukai kastam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap plastik hitam berkenaan, telah menemui 359 karton rokok jenama Fit (Mild Menthol), 449 karton rokok jenama Mezzo, 246 karton rokok jenama Premiro, 270 karton jenama Djarum Black.

“Rokok berkenaan disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran Indonesia ke daerah ini untuk edaran dan pasaran tempatan,

“Kesemua rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply