Home Politik Ahli Dewan Rakyat perlu serah SD calon PM selewat-lewatnya esok

Ahli Dewan Rakyat perlu serah SD calon PM selewat-lewatnya esok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Semua Ahli Parlimen perlu menyerahkan satu surat akuan (SD) yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri ke-9.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu surat yang dikeluarkan hari ini berkata, SD tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya pada 18 Ogos sebelum jam 4 petang.

Katanya, SD tersebut perlu mempunyai butiran seperti indentifikasi Yang Berhormat secukupnya dan indentifikasi yang secukupnya seorang sahaja Ahli Dewan Rakyat yang diberi kepercayaan oleh Yang Berhormat.

“Butiran lain adalah penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat; tandatangan yang berhormat; tandatangan serta cop rasmi (sama ada seorang Peguambela dan Peguamcara, Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam atau jawatan yang setanding bagi Yang Berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan,” ujarnya.

Beliau berkata surat perlu dihantar untuk perhatian Setiusaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim melalui faks, emel atau salinan PDF melalui wahtsapp.

“Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di kawasan Fasa 1 dan juga mengelakkan penularan wabak COVID-19,

“Perlu dijelaskan, mana-mana surat akuan Yang Berhormat yang tidak mematuhi perkara di atas atau yang diterima lewat tidak akan diambil kira,” jelasnya.

Azhar turut memperingatkan Ahli Parlimen untuk menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Petuan Agong membuat keputusan.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!