Home Pertahanan dan Keselamatan Sabah lanjutkan perintah berkurung, banteras jenayah rentas sempadan

Sabah lanjutkan perintah berkurung, banteras jenayah rentas sempadan

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 12 Ogos – Kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) masih cuba menceroboh masuk ke kawasan Timur Sabah untuk melakukan penculikan serta lain-lain jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menjelaskan, perintah berkurung di kawasan perairan 7 daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok dilanjutkkan sehingga 28 Ogos depan.

Menurutnya, perintah berkurung itu meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara 6 petang hingga 6 pagi,

“Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang melawat pulau peranginan.

Hazani berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, ia juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZONE bagi mengeluarkan permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” tambahnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply