Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Taming Sari 20/21: TLDM pamer keupayaan gempur sasaran di Laut China Selatan

Eks Taming Sari 20/21: TLDM pamer keupayaan gempur sasaran di Laut China Selatan

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4XAhFbicIWs[/embedyt]

KUANTAN, 12 Ogos – Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD TUN RAZAK telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39, hari ini.

Ujian penembakan dilaksanakan di bawah Eksesais Taming Sari 20/21.

2 kapal TLDM, KD LEKIU dan KD LEKIR turut melancarkan peluru berpandu Exocet MM40.

Ujian penembakan telah disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Penembakan peluru berpandu tersebut dilakukan secara coordinated oleh kesemua aset yang terlibat,

“Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan profesionalisma, keupayaan dan kesiagaan TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara,” kata Ismail Sabri semasa sidang media di Markas Wilayah Laut I (MAWILLA I) Tanjung Gelang, Kuantan.

Eks Taming Sari merupakan latihan peperangan maritim yang menguji aspek perancangan dan pelaksanaan oleh TLDM.

Eksesais selama 6 hari ini merupakan latihan ketenteraan terbesar dengan melibatkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply