Home SemasaGlobal 13 ribu Tentera Rusia dan China laksana latihan ketenteraan bersama

13 ribu Tentera Rusia dan China laksana latihan ketenteraan bersama

by M.Daim

MOSCOW, 11 Ogos – Rusia dan China laksana latihan ketenteraan bersama di Barat Laut China.

Latihan bersama Zapad/Interaction 2021 telah mula dilaksanakan secara rasmi pada Isnin lalu.

Ia merupakan latihan ketenteraan bersama yang diadakan dalam negara China selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

Menurut agensi TASS, latihan tersebut akan tamat pada 13 Ogos ini.

“Persiapan fasa akhir latihan sedang dijalankan dalam latihan bersama strategik antara kedua-dua negara,

“Dalam latihan ini, anggota tentera Rusia akan mempelajari cara mengendali peralatan dan penembakan dari kenderaan tempur China,” kata laporan itu.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Semangat Kejiranan dan Persahabatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply