Home PolitikBarisan Nasional UMNO dedah 13 SD Ahli Parlimen tarik sokongan pada Muhyiddin

UMNO dedah 13 SD Ahli Parlimen tarik sokongan pada Muhyiddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – UMNO mendedahkan 13 surat akuan sumpah (SD) Ahli Parlimen yang telah menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Surat-surat terbabit disiarkan di akaun media sosial parti itu besertakan 2 warkah yang diutuskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mengenai penarikan sokongan bertarikh 30 Julai dan surat tambahan pada 4 Ogos lalu.

 

Menerusi surat tambahan tersebut, Ahmad Zahid telah mempersembahkan senarai nama 14 Ahli Parlimen yang telah menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Senarai itu termasuk, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini tidak pernah menandatangani SD menyokong Muhyiddin.

13 Ahli Parlimen yang sah telah menandatangi SD tersebut adalah:

1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)

2. Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)

3. Datuk Seri Najib Razak (Pekan)

4. Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang)

5. Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit)

6. Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling)

7. Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang).

8. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)

9. Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)

10. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)

11. Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong)

12. Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan)

13. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)

 

 

Related Articles

Leave a Reply