Home Semasa Tawaran jawatan dalan kerajaan, SPRM jumpa Ahli Parlimen DAP

Tawaran jawatan dalan kerajaan, SPRM jumpa Ahli Parlimen DAP

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius mengenai tohmahan yang mendakwa beberapa Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, pihaknya sudah menemui tiga ahli parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan,

“Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen DAP telah mendakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor teledon yang tidak dikenali bagi menawarkan kekosongan jawatan menteri.

Mereka adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply