Home Semasa Penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak sah – RoS

Penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak sah – RoS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkata, keputusan UMNO pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ketua Pengarahnya, Jasri Kasim dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO pada hari ini berkata, ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.

“Oleh itu, keputusan MKT UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan di semua peringkat selama 18 bulan pada 7 Julai 2021 adalah tidak sah,” katanya.

Pada masa sama, RoS mengesyorkan supaya UMNO menetapkan suatu tarikh untuk mengadakan mesyuarat pemilihan MKT UMNO mengambilkira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan dimaklumkan kepada jabatan ini dengan kadar segera. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!