Home Semasa 17 lokaliti di 3 negeri dikenakan PKPD mulai Ahad ini

17 lokaliti di 3 negeri dikenakan PKPD mulai Ahad ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Sebanyak 17 lokaliti di Perak, Pahang dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 8 hingga 21 Ogos ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PKPD dikenakan selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 yang dikesan di kesemua lokaliti berkenaan.

Beliau berkata, PKPD ini membabitkan 10 lokaliti di Perak iaitu Taman Seri Pangkor; Rumah Murah Pangkor; Ladang Kong Heap Lee; Kampung Tengah; Flat Taman Desa Pangkor; Taman Desa Pangkor; Tapak Bina Horizon; Kampung Perlok Baru; Kampung Perlok dan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah di Kinta.

Selain itu, Kuala Tahan di Jerantut; Taman Sri Layang, Taman Rimba dan Taman Tualang Indah di Termeloh, Pahang turut dikenakan PKPD dalam tempoh yang sama.

“Di Sabah pula, PKPD akan dikenakan di University Condominium Apartment 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu serta Kampung Lohan 1, Ranau,” jelasnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ini.

Menurutnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply