Home PolitikBarisan Nasional Sifat ‘katak’ bukan saja melompat, cari habuan atau selamatkan diri – Ahmad Zahid

Sifat ‘katak’ bukan saja melompat, cari habuan atau selamatkan diri – Ahmad Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang lagi, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, tragedi hitam seperti ini pernah melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

“Kena tahu sifat ‘katak” bukan saja-saja melompat. Sama ada cari habuan atau mahu menyelamatkan diri,

“Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Katanya, usul tersebut perlu dibuat segera, sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’.

“Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ seterusnya,

“Rakyat tahu apa perlu dilakukan ke atas ‘katak-katak’ ini apabila tiba masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” jelasnya.

Pada Selasa, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, surat akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Ahmad Zahid memaklumkan telah mempersembahkan Surat Akuan tambahan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai lanjutan warkah terdahulu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply