Home PolitikBarisan Nasional Mohd Razlan umum letak jawatan Ahli Lembaga LTAT

Mohd Razlan umum letak jawatan Ahli Lembaga LTAT

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, perletakkan itu sebagai mentaati keputusan parti yang menarik sokongan kepada kepimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi melantik saya sebagai Ahli Lembaga LTAT.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan kepada semua warga kerja LTAT yang selama ini telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan saya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutny, UMNO sebagai parti yang menjunjung Kedaulatan Raja-Raja Melayu dan meletakkan keutamaan kepada rakyat tidak akan mensia-siakan nasib rakyat yang sedang diabaikan oleh Perdana Menteri. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply