Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 20 kartoon rokok tanpa cukai

APMM rampas 20 kartoon rokok tanpa cukai

by Air Times News Network

TAWAU, 5 Ogos – ESSCOM berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan kerana menyeludup 20 kartoon rokok untuk di pasarkan ke Felda Kalabakan dan Kawasan sekitarnya, awal pagi tadi.

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan keselamatan telah melakukan serbuan di sebuah rumah kongsi kayu di Felda tengah 01, Kalabakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati telah menjumpai sebuah kotak berwarna coklat yang disembunyikan dibawah tangga munuju ke ruang dapur rumah kongsi berkenaan,

“Pemeriksaan lanjut mendapati kotak tersebut berisi 20 kartoon rokok jenis LA Menthol lights yang disyaki belum lulus Kastam bernilai lebih RM1000,

“Rokok seludup berkenaan disyaki diseludup untuk dipasarkan di kawasan Felda kalabakan dan kawasan sekitarnya,”katanya

Tambahnya lagi, suspek yang berumur 16 tahun  bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply