Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS beri keutamaan tangani COVID-19

PAS beri keutamaan tangani COVID-19

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang kenyataan mengenai pendirian PAS terhadap kemelut yang berlaku hanya akan dikeluarkan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan sahaja.

Menurutya, ketika ini, PAS menegaskan untuk terus mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“PAS akan bersama-sama PN memberi tumpuan menangani penularan wabak COVID-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, pada hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, PAS juga akan terus komited untuk membantu rakyat yang terkesan dalam menghadapi keadaan yang sukar ini.

“Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani COVID-19,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply