Home PolitikBarisan Nasional UMNO tarik balik sokongan, Muhyiddin hilang majoriti – Zahid

UMNO tarik balik sokongan, Muhyiddin hilang majoriti – Zahid

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penarikan balik sokongan UMNO dari Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau dalam satu sidang maya berkata, Majlis Tertinggi UMNO bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

“Beliau perlu meletak jawatan secara terhormat,” kata Zahid.

Presiden UMNO turut menyatakan Surat Akuan Bersumpah menarik balik sokongan UMNO kepada Muhyiddin telah dizahirkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Muhyiddin hilang majoriti sebagai ketua kerajaan,” kata Zahid. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply