Home Politik Tarik balik sokongan terhadap PN: Azalina sambut baik keputusan UMNO

Tarik balik sokongan terhadap PN: Azalina sambut baik keputusan UMNO

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini menyambut baik keputusan Presiden UMNO untuk menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

“Saya menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri,” kata Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Pengerang dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, keputusan oleh UMNO adalah selaras dengan asas dan tujuan parti.

“Perlembagaan UMNO menetapkan parti untuk mendukung dan pertahan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan sistem Raja Berperlembagaan,

“Insitusi Raja merupaka payung negara yang melindungi rakyat. UMNO Bahagian Pengerang konsisten dan menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong,” jelas Azalina.

Terdahulu, Zahid Hamidi mengumumkan penarikan balik sokongan UMNO terhadap Perikatan Nasional secara rasmi dalam satu sidang maya, hari ini.

Beliau menegaskan kerajaan Perikatan Nasional mempersenda dan mengingkari titah Agong.

Selain daripada itu, Zahid menegaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hilang majoriti sebagai Ketua Kerajaan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply