Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 53 karton rokok seludup di Parit Sulong

PGA rampas 53 karton rokok seludup di Parit Sulong

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 3 Ogos – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya merampas 53 karton rokok seludup pelbagai jenama tanpa cukai Kastam disebuah premis di Jalan Sri Sulong Utama, Taman Perindustrian Parit Sulong, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai bertanggungjawab membekalkan rokok seludup disekitar kawasan Parit Sulong ditahan sepasukan Batalion 5 PGA ketika Op Kontraban pada jam 11 pagi.

“Suspek juga menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan dan menjual rokok lari cukai,

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM540 dan seunit telefon bimbit dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM14,006.20,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dimin berkata, suspek dan barangan rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Dimin menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat bagi mengekang lambakan barangan kontraban dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dijalan yang tidak diwartakan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply