Home Semasa Mesyuarat Menteri Luar ASEAN: Kepentingan pengiktirafan vaksin antara 3 penekanan Malaysia – Hishammuddin

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN: Kepentingan pengiktirafan vaksin antara 3 penekanan Malaysia – Hishammuddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kepentingan pengiktirafan vaksin menjadi antara 3 penekanan utama Malaysia di Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-54 yang berlangsung secara maya hari ini.

Beliau berkata, kepentingan pengiktirafan bersama vaksin khususnya sesama negara ASEAN bagi memudahkan perjalanan rentas sempadan pada masa hadapan.

“5-Point Consensus’ yang dipersetujui semasa Mesyuarat Pemimpin Tertinggi ASEAN April lalu mesti dilaksanakan segera terutamanya menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar,

“Myanmar mesti pastikan Utusan Khas Pengerusi ASEAN serta delegasinya diberi akses sepenuhnya untuk bertemu semua pihak berkepentingan,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Menurut Hishammuddin, mesyuarat turut membincangkan perkembangan usaha pembinaan Komuniti ASEAN; bidang utama dan keberhasilan ASEAN; permohonan untuk menjadi rakan dialog ASEAN; isu serantau dan antarabangsa serta ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework (ATCAF). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply