Home Semasa 6 kit ujian kendiri COVID-19 lulus untuk diedar

6 kit ujian kendiri COVID-19 lulus untuk diedar

by M.Daim

PUTRAJAYA, 3 Ogos – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini mengesahkan sebanyak 6 kit ujian kendiri COVID-19 telah lulus untuk diimport dan diedar kepada umum.

Beliau dalam satu kenyataan berkata kesemua kit ujian kendiri tersebut telah melepasi ujian prestasi dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Salah satu syarat yang ditetapkan adalah kit ujian ini diedarkan oleh syarikat yang diberikan kelulusan bersyarat,

“Mereka mengedarkan kit ujian tersebut melalui farmasi komuniti berlesen dan kesihatan yang dibenarkan,” jelasnya.

Menurut beliau, syarat yang ditetapkan adalah bagi memastikan kawalan dari segi penggunaan di kalangan masyarakat.

“Ini memudahkan pengesanan pengguna jika terdapa masalah berkaitan penggunaan kit-kit ujian tersebut,

“Selain daripada itu, ia juga untuk mendidik pengguna mengenai langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan ujian serta melupuskan kit selepas digunakan,

“Ini bagi menggelakkan sebarang penularan kepada individu lain yang terdedah semasa pengendalian dan  pelupusan kit,” katanya.

Adham menambah, pengguna masih perlu mendapatkan pandangan profesional mengenai cara penggunaan betul bagi mengelakkan keputusan ujian yang tidak tepat.

Sementara itu, Adham turut mengesahkan sebanyak 14 kit ujian sedang menjalani ujian prestasi di makmal terpilih.

“35 lagi kit ujian akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Kit Ujian COVID-19,” ujar beliau.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply