Home Semasa Protes ‘Keluar dan #Lawan’ tidak langgar SOP  – Asraf Sharafi

Protes ‘Keluar dan #Lawan’ tidak langgar SOP  – Asraf Sharafi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Jurucakap penganjur Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’, Asraf Sharafi menegaskan perhimpunan yang berlangsung pada Sabtu lalu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, para peserta telah dikehedanki menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sepanjang protes tersebut berlangsung.

“Kita ada Marshall (petugas) untuk mengawal keadaan dan memang para peserta diarahkan untuk mematuhi SOP,

“Kita turut mengedarkan sarung tangan dan juga ‘face shield’. Ini sebagai satu mekanisma untuk mematuhi SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Asraf bersama 10 penganjur dan aktivis terlibat dalam perhimpunan Keluar dan #Lawan telah tiba ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan oleh pihak polis.

Jelas Asraf, pihak penganjur mempunyai SOP tersendiri untuk Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’.

Beliau menambah,para peserta yang tinggal bersama golongan berisiko tinggi tidak digalakkan untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

“Perkara tersebut telah dinyatakan secara jelas dalam SOP pihak penganjur,” ujarnya.

Beliau menambah, para peserta yang telah hadir ke perhimpunan tersebut turut digalakkan untuk melakukan ujian saringan kendiri.

Tambahnya, pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengesahkan Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ telah mematuhi SOP mencegah penularan COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply