Home Semasa Himpunan #Lawan bukan acara bersuka ria seperti pesta makan durian

Himpunan #Lawan bukan acara bersuka ria seperti pesta makan durian

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Sekali bangkit, anak muda tidak akan undur. Itu adalah antara mesej yang disampaikan oleh jurucakap penganjur dan aktivis perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’, Asraf Sharafi.

““Anak muda tidak akan berdiam diri, akan lawan dengan benda lebih besar. Sekali bangkit anak muda tidak akan undur,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah dang Wangi, hari ini.

Tegasnya, perhimpunan yang diadakan pada Sabtu lalu bukan satu acara sukaria.

“Protes itu dilakukan secara terbuka bagi menyatakan tuntutan kepada kerajaan,

“Ia bukanlah untuk bersuka ria seperti kenduri makan durian oleh Timbalan Spekaer Rakyat atau mesyuarat politikus di rumah perdana menteri jelas di kawasan tertutup,” tegas Asraf.

Beliau menambah, pihaknya meneruskan momentum selagi tuntutan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan tidak dipenuhi.

Ditanya sama ada akan berlakunya perhimpunan lain dalam masa akan datang, Asraf menyatakan perkara tersebut akan diumumkan oleh pihaknya kelak.

Ashraf bersama beberapa aktivis dan peguam hadir ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan oleh pihak polis berhubung penganjuran himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan pada Sabtu lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply