Home Ekonomi Canon Marketing Malaysia hulur bantuan makanan kepada golongan kurang bernasib baik

Canon Marketing Malaysia hulur bantuan makanan kepada golongan kurang bernasib baik

by M.Daim

SHAH ALAM, 2 Ogos – Canon Marketing Malaysia (Canon) dan beberapa NGO tempatan telah menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Malaysia terjejas dengan keadaan semasa.

Pihak Canon dalam satu kenyataan, sebanyak RM 48 ribu wang sumbangan telah dikumpulkan bagi memenuhi inisiatif tersebut.

“Wang yang dikumpul dari kakitangan Canon telah digunakan untuk membeli bekalan makanan asas kepada 500 isi rumah di 6 buah negeri,” kata Canon dalam satu kenyataan.

Menurutnya, inisiatif ini merupakan usaha sama antara syarikat fotografi dan imejan digital itu bersama beberapa NGO tempatan.

“Bungkusan makanan tersebut telah diedarkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan di Selangor, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, usaha menyumbang semula kepada masyarakat adalah asas kepada falsafah korporat Canon iaitu Kyosei.

Tambahnya, Kyosei bermaksud hidup dan bekerjasama untuk manfaat yang dapat dinikmati bersama.

“Tahun ini sememangnya amat mencabar dan menyedihkan, namun saya terharu melihat kakitangan kami yang benar-benar menunjukkan semangat Kyosei dengan bersatu untuk membantu golongan yang memerlukan dalam masyarakat,

“Melalui inisiatif pengedaran makanan ini, kami berharap dapat meringankan beban untuk mereka yang amat memerlukan bantuan makanan,

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO tempatan yang telah membantu dalam pengedaran bungkusan makanan tersebut,” kata Andrew Koh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden di Canon Marketing Malaysia dalam kenyataan itu.

Selain bantuan berbentuk makanan, Canon juga telah menyumbangkan sebuah mesin penyalin pelbagai fungsi kepada Rumah Kebajikan Guru Shree Raghavendra di Kulaijaya, Johor sebagai kemudahan rumah kebajikan tersebut untuk  mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan.

Menurut Canon, dengan sumbangan mesin penyalin pelbagai fungsi tersebut, kanak-kanak dapat membuat salinan buku teks dan nota latihan untuk membantu pembelajaran dalam talian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply