Home Pertahanan dan Keselamatan 40 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

40 PATI ditahan dalam Operasi Benteng, semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Seramai 40 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di negara, semalam.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan berkata, pasukan keselamatan turut merampas 3 buah kenderaan darat dalam operasi bersepadu tersebut.

Menurutnya, Operasi Penawar yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi-agensi lain turut membuat sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) semalam, di seluruh negara.

“Op Penawar dan SJR Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah melaksanakan sebanyak 836 SJR,

“Op Benteng yang melibatkan PDRM, ATM dan RELA telah melakukan 45 SJR dan Op Benteng AKSEM sebanyak 9 SJR,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelan pemulihan Negara (PPN) dan PKP, hari ini.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah mengeluarkan kompaun kepada 348 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

“Manakala, 27 daripadanya telah direman,” tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply