Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Perancangan, risikan dan disiplin elemen penting banteras kemasukan PATI

Perancangan, risikan dan disiplin elemen penting banteras kemasukan PATI

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Va6y0YmhhnU[/embedyt]

 

KEJAYAAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengesan dan mengagalkan cubaan pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sempadan negara membuktikan operasi yang sedang dijalankan berkesan seperti dirancang.

Pengumpulan maklumat yang tepat dan hasil risikan anggota di kawasan operasi merupakan ‘nadi’ dalam menentukan kejayaan sesebuah pasukan yang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng).

Op Benteng di sempadan negara bertujuan untuk mengekang kemasukan PATI selain memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), Leftenan Kolonel Mohd Johan Mahidin menjelaskan, aturgerak kumpulan operasi secara sistematik dan perancangan pasukan yang teratur mampu meningkatkan kesiagaan pasukannya yang melaksanakan operasi di sempadan negara.

Pegawai Memerintah Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD), Leftenan Kolonel Mohd Johan Mahidin menjelaskan, hasil maklumat yang dikumpul oleh anggota telah membantu pasukan untuk membuat perancangan yang berkesan sehingga berjaya menangkap PATI yang cuba menceroboh masuk sempadan negara. Foto: AirTimes/Azuwan

Mohd Johan menjelaskan, hasil maklumat yang dikumpul oleh anggotanya telah membantu pasukan untuk membuat perancangan yang berkesan sehingga berjaya menangkap PATI yang cuba menceroboh masuk sempadan negara.

“Terdapat beberapa tangkapan dan kejayaan misi yang telah kami lakukan. Antara yang paling membanggakan adalah kejayaan tangkapan PATI yang besar iaitu seramai 30 orang,

“Bertindak daripada hasil maklumat anggota Pos Pemerhati (OP) dan kumpulan ronda yang melaksanakan pemerhatian serta pengawasan yang berterusan, pasukan telah berjaya menahan 30 orang PATI yang baru mendarat dalam satu serbuan,

Setelah lebih kurang 3 jam dari maklumat diterima, kumpulan penjejak dan QRF telah berjaya menahan dalam 30 orang PATI pada malam itu. Foto: TDM

“Maklumat yang kami perolehi dari anggota OP dan ronda telah berjaya mengesan tanda-tanda akan berlakunya pendaratan PATI yang ditinggalkan di kawasan tersebut,

“Kami telah aturkan kumpulan penjejak diketuai oleh seorang Pegawai Pemimpin Skuadron untuk melakukan dan meneruskan penjejakan sehingga ke satu tahap yang mana kemungkinan besar kami yakin PATI akan mendarat di situ,

“Akhirnya selepas 4 hari melaksanakan penjejakan dan pengawasan, kami telah mendapat maklumat yang sahih berkaitan pendaratan PATI di kawasan tersebut,” ujarnya ketika ditemui kru Air Times baru-baru ini.

Tim Tindak Cepat (QRF)

Seramai 10 anggota termasuk seorang pegawai telah ditugaskan untuk membantu anggota peronda dan penjejak yang berada di lokasi.

Gabungan kumpulan penjejak dan Tim Tindak Cepat (QRF) telah berjaya menahan seramai 30 orang PATI pada malam kejadian.

Gabungan kumpulan penjejak dan Tim Tindak Cepat (QRF) telah berjaya menahan seramai 30 orang PATI pada malam kejadian. Foto: AirTimes/ Faizie

QRF telah diaturgerakkan untuk melaksanakan penjejakan dan pengawasan secara berterusan selama hampir 4 hari untuk memastikan tiada petunjuk yang terlepas pandang.

“Selepas 4 hari, kami mendapat maklumat yang sahih mengatakan terdapat sekumpulan PATI telah mendarat di kawasan tersebut,

“Sebaik menerima maklumat bahawa kumpulan PATI telah mendarat, kami (pasukan) telah mengerakkan QRF untuk membantu kumpulan penjejak dan anggota OP yang berada di sana (lokasi pendaratan PATI),

“Setelah lebih kurang 3 jam dari maklumat diterima, kumpulan penjejak dan QRF telah berjaya menahan dalam 30 orang PATI pada malam itu,” jelasnya.

Ada petunjuk awal untuk setiap pendaratan PATI

Disiplin dan kesungguhan anggota yang terlibat telah membantu mengesan serta mengenal pasti beberapa tanda yang ditinggalkan oleh tekong atau orang perantaraan sebagai petunjuk kepada aktiviti kemasukan PATI.

“Antara tanda-tanda yang telah dikesan adalah seperti torehan pada pokok, ikatan pita pelekat pada batang pokok termasuk susunan botol-botol kosong di laluan lorong hutan,

“Berdasarkan petunjuk yang diperolehi oleh anggota tim penjejak ini, pasukan telah mempertingkatkan rutin operasi di kawasan berkenaan,

Berdasarkan petunjuk yang diperolehi oleh anggota tim penjejak ini, pasukan telah mempertingkatkan rutin operasi di kawasan berkenaan – Pegawai Pemimpin Skuadron, Mejar Alias Ibrahim, Foto: AirTimes/ Firdaus

“Dalam situasi ini, anggota kumpulan penjejak telah mengguna pakai rutin di OP seperti menghadkan penggunaan lampu dan pergerakan disamping merekodkan tanda-tanda lain sekiranya ada,

“Anggota OP dan ronda harus mengekalkan disiplin taktikal yang sangat jitu, sebab pada ketika ini sekiranya terdapat sebarang corak-corak api atau sebagainya, PATI yang berada di tengah laut mungkin tidak akan mendarat,” jelas Pegawai Pemimpin Skuadron, Mejar Alias Ibrahim yang turut berasa teruja dengan kejayaan anggotanya.

Kecekapan dan kesungguhan akhirnya membuahkan hasil

Salah seorang pegawai trup yang terlibat pada hari kejadian turut menunjukkan kesan-kesan peninggalan PATI terdahulu yang menjadi ‘penanda’ kepada tangkapan tersebut.

Kru Air Times turut berkesempatan untuk melihat sendiri ke lokasi di mana penahanan 30 PATI tersebut dilakukan oleh pasukan ini.

Menurut, Leftenan Hafiz Ramli ketika ditemui berkata, hasil rondaan yang berterusan dan pengawasan serta pemerhatian anggotanya telah berjaya menemui kesan-kesan tersebut sehingga berjaya membuahkan hasil tangkapan kumpulan PATI yang baharu mendarat di perairan negara.

Leftenan Hafiz Ramli menunjukkan pakaian ditinggalkan oleh PATI yang baru mendarat sebelum ke kawasan penampungan mereka. Foto: AirTimes/Azuwan

“Kita dapat lihat barang-barang PATI yang ditinggalkan oleh PATI yang baru mendarat sebelum ke kawasan penampungan mereka untuk menunggu tekong yang dijanjikan,

“Kebiasaannya ‘sapu air’ akan menunggu PATI di sekitar kawasan pantai untuk mengumpulkan mereka dan membawa ke satu kawasan yang selamat iaitu penampungan sementara mereka,

“Sementara menunggu transpotter sampai, sapu air ini akan memberi makanan dan minuman kepada PATI yang baru tiba sebelum tekong darat sampai untuk membawa mereka ke lokasi yang dijanjikan,

“Hasil maklumat anggota ronda ini, pasukan telah mempertingkatkan kawalan dan pemerhatian di kawasan ini sehingga berjaya menahan sekumpulan 30 PATI yang baru mendarat dalam satu masa,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply