Home Semasa Kerajaan Muhyiddin langgar Perlembagaan, tidak hormati institusi Raja – Anwar Ibarahim

Kerajaan Muhyiddin langgar Perlembagaan, tidak hormati institusi Raja – Anwar Ibarahim

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=RjFFRaxu0b0[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Sidang Dewan Rakyat kecoh dengan laungan ‘derhaka’ dan gesaan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membacakan kenyataan Istana Negara yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan perkenan untuk membatalkan Ordinan Darurat yang telah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pada Isnin lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menyifatkan, kenyataan Istana Negara itu menzahirkan kekecewaan baginda yang menunjukkan kerajaan melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak menghormati institusi diraja.

“Istana Negara mengeluarkan kenyataan yang menyebut dengan jelas bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanggar prinsip perlembagaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu,

“Kedua, menyebut secara khusus atas nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyudidn telah mengelirukan Dewan dan rakyat,

“Kita sampai di sini bukan sekadar krisis perlembagaan, penghinaan kepada Raja cara tegas dan usaha menipu Parlimen serta rakyat yang dikeluarkan oleh Istana Negara,” katanya ketika sidang Khas Parlimen, hari ini.

Anwar berkata, Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda.

“Maka, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin lalu iaitu kerajaan telah pembatalan semua ordinan yang dimasyurkan oleh baginda walhal pembatalan belum lagi diperkenankan baginda,

“Beliau (Muhyiddin) tidak bercakap benar dan mengelirukan rakyat. Kami menuntut beliau (Muhyiddin) untuk meletak jawatan,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply