Home Semasa Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen – Ismail Sabri

Kerajaan masih ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen – Ismail Sabri

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen.

Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Kerajaan menjelaskan situasi semasa politik negara dalam keadaan tidak stabil boleh menjejaskan usaha kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

“Saya menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini,

“Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19,

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,” dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru rakyat agar bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply