Home Politik Kediaman Muhyiddin sekali lagi jadi tumpuan

Kediaman Muhyiddin sekali lagi jadi tumpuan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara sekali lagi menjadi tumpuan media apabila didapati beberapa kenderaan rasmi memasuki kawasan perumahan itu, hari ini.

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari kawasan kediaman Muhyiddin pada jam 5.22 petang.

Selang berapa minit kemudian, kenderaan rasmi yang membawa Menteri Wilayah Persekutan, Tan Sri Annuar Musa dilihat keluar dari kawasan kediaman tersebut.

Difahamkan, pertemuan di kediaman Muhyiddin itu berlangsung sejak tengah hari tadi turut disertai Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan beberapa menteri lain.

Petugas media daripada pelbagai agensi mula berkampung di pintu masuk kediaman Muhyiddin ini sejak dari pukul 1 tengah hari tadi. pada ketika ini masih berada di luar kawasan rumah Perdana Menteri.

Pertemuan di kediaman Muhyiddin hari ini dipercayai berkait rapat dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara pagi tadi.

Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan dukacita dengan kenyataan kerajaan yang sudah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply