Home Semasa Agong murka: Muhyiddin perlu berundur secara terhormat – Najib Razak

Agong murka: Muhyiddin perlu berundur secara terhormat – Najib Razak

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jul – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berpendapat bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu bertanggungjawab kepada masalah yang timbul, yang disifatkannya sebagai krisis perlembagaan.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, pilihan terbaik Muhyiddin adalah berundur secara terhormat.

“Saya secara peribadi pendapat bahawa perdana menteri Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku sebagai ketua kerajaan,

“Saya pernah menjadi ketua kerajaan selama 9 tahun dan saya tahu bahawa urusan antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dibenarkan diwakili kepada menteri-menteri atau pun pihak yang lain,

“Berikutan dengan kemurkaan Duli Yang Maha Mulia, maka saya berpendirian bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dan pilihan terbaik ialah untuk Muhyiddin untuk berundur secara kehormat,” katanya dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Tambah Najib bahawa sekiranya Muhyiddin letak jawatan ia akan mencerminkan bahawa Perdana Menteri mengambil tanggungjawab atas apa yang telah dilakukan atas nama kerajaannya.

“Walaupun dilakukan oleh pihak-pihak yang lain, tetapi yang pokoknya tanggungjawabnya tak boleh diletakkan di atas bahu yang lain,

“Pendirian saya bukan secara peribadi, tapi pendirian saya adalah soal prinsip asas dalam urusan kerajaan terutama sekali kerajaan bersama-sama dengan demokrasi, Parlimen, dan Raja Berperlembagaan,” katanya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply